OBJEKTIF
Kesakitan sebagai tanda vital kelima yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2008 sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan perkhidmatan kesakitan di negara ini.
untuk melatih paramedik dalam pelaksanaan kesakitan sebagai tanda vital kelima secara berkesan di hospital-hospital, sekaligus memenuhi objektif Hospital Bebas Kesakitan yang dicadangkan oleh MOH pada tahun 2011.
Meningkatkan pemahaman mengenai sakit
Mengajar rangka kerja mudah dalam menilai dan menguruskan pesakit
PELAKSANAAN
Pelaksanaan di KKM bermula dari 2008-2011
Mengikut pekeliling KKM mewajibkan Hospital Tanpa Pakar melaksanakan sepenuhnya P5VS pada tahun 2011.
Pelaksanaan P5VS di Hospital Kunak telah dilaksanakan pada tahun 2010
PENYATA POLISI
Kesakitan dinilai pada semua pesakit luar dan pesakit dalam
Staf-staf kesihatan harus mendengar dan mengambil tindakan segera aduan kesakitan para pesakit dan menguruskan kesakitan dengan sewajarnya.
Staf-staf hospital seharusnya mendapat pendidikan berterusan dan kesedaran mengenai penilaian dan pengurusan kesakitan
Peralatan penilaian tahap kesakitan yang seragam mestilah digunakan secara konsisten bagi semua pesakit
Tahap kesakitan adalah salah satu daripada tanda-tanda vital pesakit
CARA PENGAMBILAN TAHAP KESAKITAN PESAKIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan