Credentialing and Privileging (C&P)
Pada Jun 2006, Guidelines for Credentialing and Privileging of Nurses & Allied Health Personnel in the Ministry of health Malaysia telah dikeluarkan. Anggota yang terlibat adalah mereka yang bertugas di bidang Peri-operative Nursing, Unit Penjagaan Rapi, Opthalmic Nursing dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Sehingga tahun 2018, aktiviti credentialing telah diperluaskan, diperkemaskinikan dan melibatkan anggota yang bertugas di Pre-Hospital Services, Haemodialysis, Pre-Operatives care, Peritoneal Dialysis, Perkhidmatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Endoscopy Services, General Paediatric, Neonatology, Orthopedics, Perkhidmatan Kardiovaskular Perfusi, dan Peri-anaesthesia Care.
Credentialing (Pengiktirafan)
Credentialing adalah proses verikasi yang melibatkan penetapan keperluan dan penilaian kelayakkan individu untuk sesuatu status atau kepakaran berdasarkan keperluan latihan profesional dan pengalaman. Aspek kedua credentialing adalah melibatkan pengumpulan dan penilaian bukti kelayakan individu yang memohon. Ia diluluskan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hak Keistimewaaan
(Privileges)
Terma ini digunakan untuk menggambarkan bahawa seseorang telah diberikan keizinan atau ‘privileges’ untuk melakukan prosedur klinikal tertentu. Ia diberikan oleh Jawatankuasa Privileging Hospital setelah pemohon menjalani latihan sepenuhnya, memenuhi taraf kelayakkan dan selesai menjalani program tertentu yang diwajibkan dengan lengkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan